Jabatan Kegiatan Pelajar - Bahagian Hal Ehwal Pelajar

 
Mengenai JKP - HEP

      Pengenalan

      Objektif

      Struktur Organisasi

      Perkhidmatan

      Kemudahan

      Jadual Latihan

Borang - Borang
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Sukan dan Rekreasi
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Seni Budaya
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Lain - Lain Aktiviti
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Magic Academy Akan Ditubuhkan Di KTA
Isnin, Oktober 12, 2009
Salamz... Menyedari terdapat segelintir pelajar di Kolej Teknologi Alpha (KTA) sangat meminati bidang berkaitan perkara misteri dan para-psikologi, maka saya bercadang untuk menubuhkan 'Magic Academy' atau 'Magic Club' di KTA. Saya telah membincangkan perkara ini bersama Dr. Hamzaid dan beliau sangat bersetuju kerana ianya akan membantu memperkembangkan kreativiti serta menambahkan keyakinan para pelajar berhadapan dengan masyarakat.

Tujuan penubuhan 'Magic Academy' ini adalah bagi melahirkan 'magician' mahupun 'mentalist' baru di kalangan pelajar yang berminat. Selain itu ianya juga bertujuan untuk mempelbagaikan lagi kegiatan serta aktiviti para pelajar di KTA. Ianya akan saya hadkan kepada 25 atau 30 orang yang terawal mendaftar dan kelas akan bermula pada bulan Januari 2010.

Terbuka kepada pelajar DIPLOMA serta IJAZAH yang bernaung di bawah bumbung Kolej Teknologi Alpha sahaja !!!

Setiap bulan para pelajar akan didedahkan dengan :

Asas silap mata - Jika anda sebelum ini menganggap silap mata sebagai suatu yang sia-sia, inilah masanya anda perlu mengakui bahawa silap mata adalah sesuatu yang menyeronokkan. Jika anda tidak ada asas sekalipun, tetapi memiliki minat yang tinggi anda tidak perlu berasa bimbang. Anda akan diajar sehingga anda mahir asas silap mata sebelum melangkah kepada bidang silap mata yang lebih rumit dan mencabar.

Praktikal serta teori - Sessi dijalankan tidak mengira tempat. Ada ketikanya akan dijalankan di dalam bilik kuliah serta ada ketikanya akan dilakukan di kawasan lapang.

Menyaksikan persembahan silap mata secara live - Ada ketikanya anda akan dibawa menyaksikan sendiri persembahan silap mata oleh 'local and foreign magicians'. Menerusi pengalaman seperti ini akan menguatkan lagi 'mood' atau minat anda terhadap bidang ini.

Anda mempersembahkan hasil pembelajaran di khalayak ramai - Di akhir sessi, anda berpeluang mempersembahkan kebolehan anda kepada audiens yang ramai.

Menerusi 'Magic Academy' ini, anda akan diajar mengenai :

Permainan silap mata menggunakan kad (daun terup). Perlu diingat terdapat lebih daripada 5,000 jenis trick boleh dibuat menerusi silap mata menggunakan kad.

Silap mata menggunakan duit syiling atau duit kertas

Silap mata menggunakan objek seharian seperti tali, buku, kertas, surat khabar, tongkat, topi, lilin, sapu tangan dan sebagainya.

Anda turut diajar :

Mengapungkan objek seperti cawan dan lain-lain lagi; membengkokkan objek daripada besi (metal) seperti sudu, kunci dan garfu menggunakan psycho-kinetic; menghasilkan bunga serta burung daripada tangan kosong dan pelbagai lagi kemahiran silap mata...

Paling istimewa anda akan diajar bagaimana menguasai serta membaca minda individu lain. Inilah salah satu kemahiran yang membuatkan saya sering dipanggil menjayakan persembahan di merata tempat di negara ini. Bidang ini yang dikenali sebagai 'mentalism' memang sangat unik kerana ianya sangat berbeza dengan ilmu silap mata. Tidak ramai mentalist di Malaysia buat masa ini... Mungkin anda adalah salah seorang bakal mentalist popular di Malaysia selepas ini...

Anda akan diberikan nota lengkap sebagai bahan teori serta tunjuk ajar secara detail dalam segala aspek berkaitan ilmu silap mata dan 'mentalism'...

'Magic Academy' membolehkan anda mencabar keupayaan diri sendiri kerana hasilnya akan anda rasai setelah mencubanya... Anda akan merasai terdapat sedikit perbedaan di antara diri anda dengan individu lain kerana anda mampu membuatkan mereka berasa terpukau serta teruja dengan kebolehan 'luar biasa' yang anda miliki. Di 'Magic Academy' anda akan diajar bagaimana mencipta suatu silap mata baru, kemahiran berkomunikasi, disiplin diri serta diajar bagaimana 'mencipta pendapatan' menerusi bidang ini.

Seandainya ada yang berminat dan ingin berdaftar awal bolehlah berjumpa atau SMS saya (0176988566) kerana tempat adalah terhad... Perlu diingat, Kolej Teknologi Alpha adalah suatu institusi pendidikan yang bukan setakat melahirkan para graduan akademik tetapi merupakan pusat pengajian yang bakal melahirkan graduan dalam pelbagai lapangan aspek. Ianya termasuk kemahiran bekerja, kokurikulum, kemahiran berfikir serta bijak menggunakan potensi yang ada dalam diri sendiri. Itulah uniknya KTA...

Dalam segala apa bidang yang diceburi, kegiatan seumpama ini hanyalah sebagai pengisi masa lapang anda. Tujuan utama anda ke KTA adalah untuk mencapai cita-cita menggenggam segulung ijazah... Jadikan itu sebagai landasan paling utama dan perlulah bijak membahagikan ruang antara aktiviti serta bidang pelajaran.

Selamat maju jaya buat semua,

Mr. CK
Membership of Malaysian Magic Club,
Membership of International Magicians Society &
Membership of Magic Rings of Malaysia
posted by mr. ck @ 3:09 PTG   1 comments
Perkhemahan Kelab Seni Suara
9 Ogos - Seramai 32 orang pelajar telah menyertai perkhemahan 'Kelab Seni Suara' yang diadakan di Hutan Rekreasi Ulu Bendul. Program yang dirancang sebagai aktiviti untuk mengurangkan tekanan serta latihan berkumpulan ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kesemua ahli telah bekerjasama dengan baik terutamanya dalam aktiviti masakan dan persiapan sebelum bertolak. Ini terbukti apabila ada di antara ahli sanggup berjaga sehingga jam 4 pagi bagi memastikan segala persiapan berjalan lancar.

Aktiviti masakan diketuai oleh Chef Muharram sambil dibantu oleh beberapa pakar masakan lain seperti Malihah, Akma, Husna, Farahana, Roseyatina, Salwa, Luther, Dennis dan ramai lagi nama yang tidak dapat dituliskan kesemuanya.
posted by mr. ck @ 10:10 PG   0 comments
Kejohanan Badminton Tertutup KTA Pertama Meriah
Isnin, Oktober 05, 2009
8 Ogos - Percubaan buat kali pertama penganjuran 'Kejohanan Badminton Tertutup KTA' oleh Jabatan Kegiatan Pelajar - Bahagian Hal Ehwal Pelajar (JKP - HEP) ternyata sekali mendapat sambutan yang luar biasa.

Sebanyak lima kategori dipertandingkan membabitkan acara perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran. Program yang bermula sejak jam 8.30 pagi di Summer Sport Oakland Seremban 2 itu berjaya menarik minat lebih daripada 100 orang pelajar yang bernaung di bawah bumbung KTA.

Namun demikian, terdapat sedikit masalah apabila kejohanan yang sepatutnya berakhir pada jam 2.00 petang itu terpaksa dilanjutkan sehingga jam 5.00 petang. Ini menimbulkan sedikit kontroversi di mana beberapa perlawanan yang sedang berlangsung terpaksa diberhentikan sekaligus menyebabkan pihak penganjur mencari suatu alternatif lain bagi mencari jalan penyelesaian.

Setelah mengadakan perbincangan bersama beberapa pihak termasuk para pemain serta pemilik gelanggang, kejohanan ini akhirnya berjaya disambung semula pada 11 Ogos dan dimulakan pada jam 8.00 malam bagi menamatkan beberapa baki perlawanan yang tinggal.

Berikut merupakan keputusan secara keseluruhan bagi kejohanan edisi pertama ini :

Perseorangan lelaki : Izhar Zaihan Omar 21-13, 21-8 Edy Hannias
Perseorangan wanita : Helianah Layang 21-14, 21-18 Nor Azira Suliman
Beregu lelaki : Izhar Zaihan / Lim Chee Ann 22-20, 21-19 En. CK / M.Puraverajan
Beregu wanita : Helianah / Olga 21-13, 15-21, 21-19 Nurul Syahirah / Ilham Fatihah
Beregu campuran : M. Puraverajan / Nor Azira 21-15, 21-17 Azahari Effendi / Helianah

Juara perseorangan lelaki Izhar Zaihan Omar dan naib juara, Edy Hannias serta juara dan naib juara perseorangan wanita, Helianah Layang dan Nor Azira Suliman menerima medal kemenangan daripada penasihat program, Encik Awangku Khairil

Juara beregu lelaki Izhar Zaihan Omar bersama Lim Chee An serta naib juara, Encik CK dan M.Puraverajan menerima medal kemenangan daripada Encik Mohamad Idzhar Amran. Hadiah kemenangan bagi juara dan naib juara beregu wanita disampaikan oleh Cik Rosaniza Omar kepada Helianah dan Olga serta pasangan Nurul Syahirah dan Ilham Fatihah

Hadiah kemenangan bagi juara dan naib juara beregu campuran disampaikan oleh Cik Nurshakira binti Mohd Yusof kepada M.Puraverajan dan Nor Azira serta pasangan Azahari Effendi dan Helianah

* Perhatian : Klik pada gambar sekiranya anda ingin mendapatkan gambar bersaiz lebih besar
posted by mr. ck @ 8:50 PG   0 comments
Kejohanan FUTSAL Piala Dr. Hamzaid Edisi Kedua Penuh Dengan Pelbagai Aksi
1 Ogos - Buat kali kedua dalam tempoh setahun, Jabatan Kegiatan Pelajar - Bahagian Hal Ehwal Pelajar (JKP - HEP) berjaya menganjurkan 'Kejohanan FUTSAL Tertutup Piala Dr. Hamzaid Yahya'. Kejohanan yang berlangsung di gelanggang FUTSAL Hazlan Indoor Soccer itu kali ini menampilkan lebih banyak penyertaan berbanding edisi pertama khususnya sambutan daripada para pelajar wanita. Sebanyak sembilan pasukan lelaki serta jumlah yang sama bagi penyertaan pasukan wanita mengambil bahagian dalam saingan yang cukup mendebarkan kali ini.

"Apa yang dapat saya rumuskan mengenai kejohanan kali ini ialah para pelajar begitu bersungguh-sungguh bagi memastikan pasukan yang diwakili mencatat kemenangan dalam perlawanan yang diharungi. Dalam hal ini, aksi-aksi tegang serta kontroversi memang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, secara keseluruhannya kejohanan edisi kedua ini menunjukkan ada peningkatan dari segi kualiti permainan selain mengenal pasti lebih ramai bakat baru untuk diserapkan ke dalam skuad KTA selepas ini," jelas Encik CK selaku penasihat program.

Sebagaimana yang diramalkan persaingan bagi kategori lelaki memperlihatkan pertembungan penuh dramatik di antara pasukan Alpha United Senior dan Kickers (A) dalam perlawanan separuh akhir. Dalam perlawanan yang turut diselangi beberapa aksi tegang dan mendebarkan itu, kemenangan akhirnya memihak kepada Alpha United Senior selepas masa tambahan. Dalam satu lagi aksi separuh akhir, pasukan Alpha United Junior turut mencipta sejarah dengan mengetepikan pasukan yang paling mencuri tumpuan iaitu Dhoom FC dengan keputusan 2 - 1. Ini sekaligus mempertemukan dua buah pasukan di bawah kem latihan yang sama di perlawanan akhir.

Sebelum perlawanan akhir bagi kategori lelaki diadakan, terdahulu memperlihatkan bagaimana pasukan Da Bom Girlz menyingkirkan pasukan Wonder Girlz dengan jaringan 3 - 0 serta pasukan Uni-Tech menumpaskan pasukan Nonong Club 1 - 0 dalam perlawanan separuh akhir kategori wanita. Ini menjadikan perlawanan akhir kali ini menyaksikan dua buah pasukan dari semester 1 bakal berentap sesama sendiri manakala pasukan Nonong Club berjaya menyingkirkan pasukan Wonder Girlz 1 - 0 untuk menduduki tempat ketiga.

Dalam perlawanan akhir yang tidak kurang hebatnya, pasukan Da Bomb Girlz ternyata terlalu kental buat Uni-Tech apabila jaringan tunggal Siti Nur Hidayah membawa kemenangan 1 - 0 buat Da Bomb Girlz.

Bagi penentuan tempat ketiga kategori lelaki memperlihatkan amukan pasukan Kickers yang berpesta jaringan membenam Dhoom FC dengan keputusan 7 - 4. M.Puraverajan memperlihatkan ketajaman penyudahnya dalam perlawanan ini menerusi 5 gol yang menarik.

Perlawanan akhir di antara Alpha United Senior dengan Alpha United Junior tidak kurang sengit. Meskipun ramai sudah menjangkakan bahawa Alpha United Senior akan memenangi perlawanan tersebut dengan mudah, namun ianya tidak seperti yang disangka. Tentangan habis-habisan dari pasukan Alpha United Junior hampir menyaksikan satu lagi kejutan bakal tercipta dalam kejohanan ini. Jaringan awal menerusi Ardian Unus buat Alpha United Junior bagaimanapun dipadamkan menerusi percubaan menarik dari luar petak penalti oleh Fauzi. Jaringan kemenangan Alpha United Junior menyusul pada saat-saat genting menerusi Izhar Zaihan bagi membolehkan kejuaraan kedua-dua berturut-turut buat pasukan ini.

Hadiah-hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Ketua Eksekutif, Dr. Hamzaid Yahya yang turut memilih Izhar Zaihan Omar sebagai pemain terbaik lelaki manakala Nurul Shuhada binti Kasturi telah dipilih sebagai pemain terbaik wanita.


posted by mr. ck @ 8:43 PG   0 comments
Kolej Teknologi Alpha (A) Juara Kejohanan Sepak Takraw Anjuran Kolej Negeri
Jumaat, September 11, 2009




26 Julai – Skuad sepak takraw Kolej Teknologi Alpha (A) berjaya menjadi juara ‘Kejohanan Sepak Takraw’ anjuran Kolej Negeri setelah memenangi 3 perlawanan dengan cemerlang. Skuad yang terdiri daripada Zaidi Buang selaku tekong, Edy Hannias selaku apit kiri dan Nik Kamarudzaman Nik Kamaruddin selaku apit kanan ini tidak menghadapi banyak masalah dalam ketiga-tiga perlawanan yang diharungi.

Skuad Kolej Teknologi Alpha (B) pula berjaya menduduki tempat ketiga setelah tewas di tangan Kolej Negeri (A). Hujan renyai-renyai di awal pagi menyebabkan perlawanan terpaksa dilewatkan sehingga jam 11.00.

Diharapkan menerusi kejayaan skuad sepak takraw ini dapat menyemarakkan budaya hidup sihat di kalangan pelajar Kolej Teknologi Alpha dalam menaikkan nama kolej serta mengetengahkan bakat masing-masing dalam apa jua bidang yang diceburi.
posted by mr. ck @ 12:18 PTG   0 comments
Sedang Dikemaskini
Rabu, Mei 13, 2009
Blog Ini sedang dalam proses kemaskini... Harap maklum !
posted by mr. ck @ 4:21 PTG   0 comments
English Singing Presentation
Isnin, Mac 23, 2009


posted by mr. ck @ 10:34 PG   0 comments
Preview Kejohanan Bowling Suai Kenal MPP Bersama Kakitangan KTA
Selasa, Mac 10, 2009
Jangan Ditangisi Kekalahan Silam...

Itulah antara amaran awal yang dilaungkan oleh bintang legenda veteran yang akan mengetuai skuad serba merbahaya Kakitangan iaitu Encik Pierre Andre Bachtiar. Beliau yang baru menjuarai acara bowling kelapa di Bahamas bagaimanapun mengakui saingan kali ini berbeza daripada jutaan kejohanan yang pernah disertainya sebelum ini.

Sambil menyifatkan saingan sengit bakal diberikan oleh pasukan MPP terutamanya daripada skuad Kirua, beliau bagaimanapun menarik nafas lega berikutan penyertaan pemain yang pernah memecahkan bola bowling dengan hayunan tanpa bayang iaitu Encik Hashimoto Harunasaki.

"Keyakinan saya memuncak dengan adanya rakan baik saya yang baru memecahkan rekod dunia baru-baru ini dengan memecahkan 9 biji bola bowling setiap kali melakukan lontaran iaitu saudara Hashimoto. Malah saya turut tidak menolak ramalan bahawa kami bakal menjadi juara jika prestasi semasa tiga lagi ahli pasukan diambil kira iaitu saudara Didi Drogba, CK Takeshi serta Hafiz al-Haj berada dalam form yang baik. Cuma saya merasa risau dengan kecederaan lengan Didi sewaktu bergusti bersama Triple-H baru-baru ini belum pulih sepenuhnya," jelas Pierre Andre Bachtiar sewaktu berjalan di atas karpet merah sempena tayangan perdana filem terbaru beliau iaitu Jangan Tak Pandang di Alamanda, Putrajaya semalam.

Kehadiran Didi Drogba bersama CK Takeshi serta Hafiz al-Haj bakal menambahkan lagi kekuatan pasukan Kakitangan yang akan menggabungkan teknik hayunan tanpa bayang serta pukulan 'Kamehameha' di Pusat Bowling Jaya Jusco Jumaat ini nanti.

"Orang nak kata kami riak lantak lah sebab memang kami juara segala juara pun. Jika kalah, memang kami mengaku bahawa kami kadangkala bencikan kemenangan. Bila main saja menang... Bila menang saja main... Belum bermain pun kadangkala dah tau kami menang. Tu yang bosan," kata Didi Drogba sambil menghempap muka wartawan yang memperlekehkan kemampuan pasukan Kakitangan dengan pinggan char-kuew teaw yang baru ditempahnya.

Bintang harapan pasukan MPP iaitu Kirua serta ejen pembawa dodol serta keropok beracun iaitu Kamal bakal disaksikan juga di temasya kali ini. Sambil bersahaja dengan gaya konon-konon boleh menang, kedua-dua atlet ini kelihatan sekarang sering melontar-lontarkan apa sahaja objek yang dijumpai termasuk meja di dewan kuliah sebagai latihan menghadapi kejohanan itu nanti. Kadangkala Rajan juga turut menjadi mangsa dengan melontarkan Rajan seperti bola bowling. Sungguh dahsyat sekali latihan mereka-mereka ini.

"Kenapa kami sering melontar Rajan sebab beliau punya berat badan sama seperti bola bowling seberat 12 kilogram. Selain itu, tindak balas dengan kuasa fizik dari dalam diri Rajan yang boleh mengeluarkan SINGA kami turut serap sebagai menguatkan lagi mental serta fizikal kami. Jika kami cuba melontarkan Syafiq sebagai bola bowling kami tak akan dapat apa-apa melainkan kentutan dari Syafiq. Sebab itu kami pilih kuasa yang ada pada diri Rajan," ujar Kirua sambil melontarkan Dennis dan disambut oleh Kamal dengan suatu sepakan gunting yang menyebabkan baju serta seluar Dennis tertanggal. Cuba anda pejam mata dan renungkan sejenak...

Hanya beberapa hari sahaja lagi temasya bowling ini akan bermula. Ada satu persoalan yang sering meniti di bibir peminat-peminat bowling ketika ini ialah apakah pula makanan yang akan dibawa oleh Kamal ke gelanggang kali ini... Kita tunggu dan lihat !!!

posted by mr. ck @ 6:50 PTG   0 comments
Berita Terbaru !
Rabu, Mac 04, 2009
Selamat Tinggal Kolej Teknologi Alpha !!!

Berita ini mungkin agak mengejutkan ramai ! Mungkin sesiapa yang pernah mengenali saudara Mohamad Idzhar Amran atau lebih dikenali sebagai Didi Drogba tidak tahu akan berita ini. Dalam diam-diam siapa sangka beliau telah menjadi rakyat Malaysia pertama dipilih untuk mewakili pasukan Manchester United.

Beliau yang telah menyertai Manchester United (MU) sebaik sahaja kejohanan FUTSAL baru-baru ini selesai ternyata berbangga dengan pencapaian yang diperolehi kini. Kejayaan beliau ini menepis desas-desus bahawa seorang lagi pemain Kakitangan iaitu Abdul Hafiz al-Haj akan ke sana. Namun disebabkan komitmen di Malaysia serta keengganan Kak Za selaku pengurus Kakitangan untuk menetap di England menyebabkan Abdul Hafiz terpaksa melupakan hasratnya.

Namun dengan penyertaan Didi Drogba yang akan bergandingan bersama Cristiano Ronaldo serta Carlos Tevez pasti membuatkan Fauzi Kirua, Rajan mahupun Azhari bertambah iri hati terhadap beliau.

"Saya awalnya bukanlah mahu menyertai MU. Tapi sekali lagi kekasih saya Fouziah Ghous terbabit dalam hal ini di mana kalau saya enggan mewakili MU, dia akan tinggalkan saya. Saya telah pun beraksi baru-baru ini ketika MU menewaskan Tottenham Hotspur untuk muncul juara Piala Carling. Awal-awal beraksi agak nervous juga. Mana tidaknya saya sudah lama tidak beraksi dalam stadium sebesar Stadium Wembley itu," ujar Didi Drogba memulakan perbualan.

"Buat masa ini saya menumpang di rumah Ron (panggilan manja saya pada Cristiano Ronaldo). Saya masih menunggu visa serta jika boleh saya mahu menukar terus kerakyatan menjadi warga Britain. Saya harap rakyat Malaysia tidak marah dengan kenyataan saya ini. Di sini segala-galanya saya perolehi. Rumah sedang saya tempah bersebelahan Istana Buckingham tempat kediaman Queen Elizabeth. Ini kerana apabila bosan Queen Elizabeth akan meminta saya menyanyi sehingga baginda tertidur. Inilah kerja sampingan saya selain bermain bola di sini."

"Mungkin ramai yang bertanya tentang hubungan saya dengan Fouziah Ghous. Terus-terang saya katakan jarak yang jauh tidak akan merencatkan hubungan kami. Memang tidak saya nafikan sewaktu menghantar saya di KLIA tempohari, Fouziah menangis bergolek-golek sehingga membuatkan saya malu. Saya pergi bukan untuk suka-suka malah mahu mencipta nama di sana. Bil telefon saya pada hari pertama di sini (Manchester) mencecah RM10 ribu sebab bergayut dengan Faouziah. Yang ini ramai tak tau. Mungkin abang Nas Ahmad akan terjah saya atau Fouziah lepas ini tak tau lah pulak."

"Saya berharap agar rakyat Malaysia terutama pemain-pemain daripada Alpha United atau Kickers, jika datang ke England jangan lupa call saya. Boleh saya bawa you all jumpa Ron atau Giggs. Mereka juga turut belajar macam mana bermain sambil menyanyi dengan saya," demikian jelas Didi sewaktu mengakhiri perbualan bersama wartawan kami di sana, Timbul Singh Walikah.


Hai... Didi Drogba memberikan pose manja buat kekasihnya Fouziah Ghous...
posted by mr. ck @ 2:32 PTG   1 comments
English Singing Presentation
Coming Soon !!!

A singing presentation will be held - the theme of this contest is 'Singing Evergreen English Songs'.

Date : 18 March 2009
Time : 8.00 pm
Venue : ACT Multi-Purpose Hall

Please get necessary information from the Administration Office - ACT (Att : Mr. CK). Come one and come all !

Show your ability and improve your singing skills.
posted by mr. ck @ 8:50 PG   1 comments
Konvokesyen UUM Ke-22
Selasa, Mac 03, 2009
Anda boleh klik pada gambar di atas untuk melayari halaman web sempena majlis konvokesyen ke-22 UUM. Tahniah kepada bakal graduan dari Kolej Teknologi Alpha yang mengikuti program kerjasama dengan UUM. Senarai graduan adalah seperti di bawah :

Ahim Anak Britu

Alice Paul

Bahrom Badru

Edwinna Thomas

Elezabeth Guntis

Hayati Iruan

Imelda Binsing

Irna Sazira Abdullah

Johara Anak Minggat

Jumaziah Alyas

Khairunnisa Abdullah

Nafisah Abdul Rahman

Noor Miza Ideris

Nor Azian Mansor

Norlina Zakaria

Norulakmar Ibrahim

Nur Saidatul Akmal Mohd Zuki

Razmie Hadi Azmir

Shakila Ishak

Stella Jamem

Suzie Magalai

Urai Jalong

Rahmat Hidayat Ahmad Rodzi


posted by mr. ck @ 2:54 PTG   1 comments
Preview Perlawanan Persahabatan FUTSAL Antara Kolej Teknologi Alpha vs Kolej Negeri
Ahad, Mac 01, 2009
Seperti dirasuk, pasukan Pilihan Pelajar Kolej Teknologi Alpha (KTA) serta pasukan Pilihan Kakitangan KTA berjaya memenangi perlawanan persahabatan menewaskan Kolej Negeri (KN) sempena Kejohanan FUTSAL Terbuka merebut Piala Dr. Hamzaid Yahya.

Pasukan Pilihan Pelajar KTA yang diketuai oleh Puraverajan mudah menewaskan Pilihan Pelajar KN dengan jaringan 6-3. Jumlah jaringan yang sama juga turut dicatatkan oleh pasukan Kakitangan KTA sewaktu menewaskan pasukan Kakitangan KN menerusi tiga jaringan Mr.CK, dua gol oleh Mr. Hafiz dan satu gol menerusi bintang legenda, Mr. Andy Bachtiar.

Perlawanan yang turut disaksikan oleh Ketua Eksekutif KTA, Dr. Hamzaid Yahya ternyata menarik untuk disaksikan oleh para peminat FUTSAL di tepi gelanggang. Skuad Pilihan Pelajar KTA yang rata-rata dibarisi oleh pemain dari pasukan Alpha United sering berbalas serangan di babak-babak awal separuh masa pertama sehinggalah Rajan sekali lagi menjadi hero dengan jaringan demi jaringan yang dilakukannya.

Sokongan padu daripada para pelajar yang majoritinya penyokong KTA terus membakar semangat pemain. Hal ini dapat disaksikan dengan kesungguhan Rajan melakukan beberapa skil tidak bertempat sehingga kadangkala membuatkan Kana berasa geram di tepi gelanggang. Opss... Macam mana nama Kana termasuk pulak dalam berita serius ini...

Dalam perlawanan yang membabitkan kakitangan pula, sekali lagi Mr. CK menjadi tumpuan dan sasaran para pengulas yang iri hati dan dengki dek kelincahannya terutama dari DJ Amin. Hattrick dari beliau sedikit sebanyak mengubat kekecewaan skuad kakitangan yang begitu bergaya memberi kemenangan kepada setiap lawan yang ditemui sebelumnya.



posted by mr. ck @ 6:05 PTG   1 comments
Kejohanan FUTSAL Terbuka Piala Dr. Hamzaid Yahya
Sabtu, Februari 28, 2009
ALPHA UNITED UNGGUL !

Pasukan berstatus bintang iaitu Alpha United menepati ramalan untuk muncul juara dalam edisi pertama Kejohanan FUTSAL Terbuka merebut Piala Dr. Hamzaid Yahya. Latihan selama beberapa bulan di Uganda dan Zimbabwe ternyata membuahkan hasil buat pasukan yang diketuai oleh Fauzi Kirua ini.

Dalam perlawanan akhir yang turut disaksikan oleh penduduk di Zimbabwe, pasukan Alpha United telah menumpaskan pasukan Tapau United dengan keputusan 6-3. Antara pemain yang paling menonjol sudah semestinya Puraverajan yang berjaya menjaringkan gol dalam setiap perlawanan sekaligus menenggelamkan kehebatan dua bintang "Tamak's of The Year" iaitu Edy dari pasukan "Kickers" serta Mr. CK dari pasukan "Biduk Berlalu Kiambang Bertaut".

Rajan yang kelihatan begitu 'berlagak's' sebaik sahaja perlawanan akhir tamat, terus diberi ucapan tahniah oleh para peminatnya terutama sekali sorakan padu dari 3 dewi serikandinya iaitu Kana, Santi dan Malarselvi. Perdana Menteri Zimbabwe yang menyaksikan perlawanan ini dari kediamannya turut mengutuskan tahniah kepada Rajan dan kawan-kawannya.

"Tahniah diucapkan buat pasukan ini. Kami di Zimbabwe mengharapkan agar Rajan dan rakan-rakan tidak lupa daratan dengan kejayaan ini. Kami sentiasa berharap agar pasukan ini kembali semula ke Zimbabwe untuk meneruskan latihan bagi menghadapi kejohanan akan datang," demikian ulas Perdana Menteri Zimbabwe yang kelihatan tidak mampu menahan linangan air mata gara-gara terharu dengan kejayaan Alpha United.

Apa yang pasti edisi pertama ini boleh dikatakan berjaya menghimpunkan kaki-kaki bola dari Kolej Teknologi Alpha, KN Educations serta Kolej Negeri meskipun penyertaan tidaklah menggalakkan. Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Alpha, Dr. Hamzaid Yahya telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

Berikut merupakan keputusan penuh :

Lelaki
Juara - Alpha United (KTA)
Naib Juara - Tapau United (KN)
Ketiga - Kickers (KTA)

Wanita
Juara - Cheers Tiger (KTA)
Naib Juara - WOW FC (KTA)
Ketiga - The Twinz (KTA)

Pemain terbaik lelaki
Akmal Farhakim bin Senen (KN)

Pemain terbaik wanita
Marsila Warday (KTA)

Anugerah berikut tidak disampaikan pada hari kejohanan tetapi akan disampaikan oleh Presiden FIFA pada satu majlis khas nanti...

Pemain paling berlagak's
Mohd Khairul Amin bin Rozali (Kickers)

Pemain paling ganas
Didi Drogba (Biduk Berlalu Kiambang Bertaut)

Pemain paling seksi
Mohd Firdaus Ahmad (Dendam United)

Pemain paling tamak's of the year
Edy Hannias (Kickers)
Mr. CK (Biduk Berlalu Kiambang Bertaut)
M. Puraverajan (Alpha United)

Pemain paling tidak banyak berpeluh
Nik Mohd Asrul Affendi bin Ibrahim (Dendam United)

Pemain paling digilai peminat
Denis Huong Nai Ming (Dendam United)
Azhari Effandi bin Abd Aziz (Kickers)

Pemain paling pendiam
Novrizal Junaidy (Dendam United)

Urusetia Terbaik
Novrizal Junaidy (AJK Teknikal)
Edy Hannias (AJK Pertandingan)

Pasukan paling berlagak's
Kickers

Bukti kukuh... Cuba perhatikan gelagat Rajan yang cuba merasuah Dr. Hamzaid untuk memilihnya sebagai pemain terbaik kejohanan. Menurut sumber yang berada di tepi mereka, Rajan sempat membisik kepada Dr jika dia dipilih sebagai calon Pemain Terbaik, dia akan mencalonkan Dr untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Batu Pahat untuk Pilihan Raya Umum akan datang...

Jangan senyum lebih-lebih sayang... Mungkin itulah kata-kata Melik kepada cinta hatinya Marsila setelah diumumkan sebagai pemain terbaik. Setelah sekian lama menyembunyikan kisah cinta mereka, akhirnya lensa kamera kami berjaya merakamkan detik-detik romantis dua pasangan ini. Hanya disebabkan menjaringkan gol tunggal kejohanan, Marsila telah terpilih menjadi pemain terbaik. Ini merupakan suatu tips jika anda ingin menjadi pemain terbaik wanita pada kejohanan akan datang. Score je 1 gol, anda boleh jadi pemain terbaik... Buat masa ini, foto ekslusif Didi Drogba bersama Fouziah Ghous sahaja lagi yang masih belum dapat dikesan oleh wartawan kami.

Memang berlagak's... Anda komenlah sendiri gambar ini kerana tiada perkataan mampu menghuraikan tentang keberlagakan's pasukan ini...

Wa manyak lugi wo... Kenapalah team Kakitangan tak mau amik aku ? Aku ni kan ke pemain paling digilai peminat... Lugi wo diaolang talak amik aku...

Ni mana punya team pulak ye ?... Kalau team ni masuk, pasti Cheers Tiger tak boleh jadi juara... Lihatlah susuk tubuh pemain pasukan ini yang begitu sasa sekali kecuali si kecik di tengah tu je (perbandingan pelajar biasa dengan kesasaan mereka)... Yang 5 orang tu jikalau masuk bertanding pasti si Lyana dari pasukan WOW akan terpelanting atau tercampak ke luar dari gelanggang...

Pasukan juara bersama 2 pemain daripada pasukan yang memenangi anugerah pasukan paling berlagak's... Perhatikan wajah pembawa dodol dan keropok seolah-olah tercekik dodol... Barangkali beliau juga terkena santau dodol yang dibawanya sendiri... Dan cuba perhatikan juga 2 pemain dari Kickers yang tidak tau malu bergambar bersama pasukan juara... Dah kalah, tu buatlah macam orang kalah... Gaya berlagak's tu masih tak boleh ditinggalkan juga... Tengok team Kakitangan, kalah tak sibuk pun nak bergambar dengan team juara...

Perhatikan betul-betul dua gambar Muhaimin di atas... Dah kata jangan makan keropok tu, kau degil... Tengoklah betapa rakusnya penjaga gol kedua Kakitangan iaitu Muhaimin sedang membalun keropok yang dibawa oleh Kamal... Akibat daripada memakan keropok tersebutlah Muhaimin seolah-olah hilang pedoman dalam setiap perlawanan yang beliau sertai... Cuba perhatikan juga di belakangnya Fauzi Kirua hanya lalu sahaja. Ini disebabkan Fauzi telah tahu bahawa keropok tersebut telah dijampi oleh rakan sepasukannya iaitu Kamal... Gambar kedua menunjukkan Muhaimin seolah-olah pening-pening unta setelah makan keropok tersebut. Wajahnya bertukar menjadi pucat serta kestabilan duduknya juga turut terganggu sehingga asyik menonggeng je sepanjang aksi di gelanggang FUTSAL... Moral daripada perkara ini ialah jika Kamal membawa keropok atau dodol sewaktu apa-apa kejohanan berlangsung lain kali jangan makan...


Astaghfirullahala'zim... Masya Allah seksinya... Memang tidak perlu dipertikaikan lagi pemilihan Firdaus sebagai pemain paling seksi sepanjang kejohanan... Lihatlah pahanya yang putih gebu sambil bergaya ala-ala maknyah... Apa yang peliknya ialah orang kampung Didi Drogba turut sama mahu menumpang keseksian Firdaus... Apakah beliau akan menerima anugerah ini pada masa akan datang ? Hanya masa dan keadaan yang akan menjadi penentu... Seperkara lagi yang semua orang perlu tahu, Firdaus telah bermain dengan menggunakan kasut baru pada hari itu... Dan itulah antara faktor yang menambahkan lagi keseksiannya... Ini hanya sebahagian daripada gambar seksi beliau yang lulus untuk ditayangkan... Yang lain ????????? Anda fikirlah sendiri !
posted by mr. ck @ 6:59 PTG   0 comments
Menjelang FUTSAL Terbuka "Piala Dr. Hamzaid Yahya"
Jumaat, Februari 27, 2009
Awasi pemain ini... Didi sewaktu beraksi bersama Chelsea musim lalu...

PREVIEW SKUAD KAKITANGAN 2009

Nama Manja Pasukan : Biduk Berlalu Kiambang Bertaut United (BBKB United)

Pengurus : Yang Mulia Puan Hajjah Masliza @ Kak Za

Penasihat : Sir Dr. Hamzaid Yahya

Jurulatih : Diego Maradona dan Franz Beckenbauer

Pen. Jurulatih : Paolo Maldini

Senarai Pemain :

1. Mohamad Idzhar @ Didi Drogba (Penjaga gol / Pertahanan / Penyerang / Penjaga Garisan / Modelling )

- Berusia 27 tahun. Entah macam mana bekas penggusti ganas di WWE ini boleh menceburkan diri dalam sukan bola sepak tidak siapa pun yang tahu. Berbakat luar biasa... Daripada kerja memasak sehingga ke gelanggang sukan, semua boleh dilakukan oleh beliau. Masih setia dengan kelabnya Glasgow Celtic dalam Liga Perdana Scotland. Satu ketika dahulu pernah menggemparkan tanahair berikutan ancaman beliau untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan 56 tingkat ekoran tidak sebulu dengan jurulatih. Kini beliau menumpukan sepenuh perhatian sebagai bintang filem Hindustan setelah gagal dalam bidang perniagaan Kicap Cap Kipas. Memiliki kemahiran meniup bola dengan kemas ketika keadaan emergency di hadapan gawang gol. Bekas anak murid mendiang R. Arumugam ini turut menjadi model bagi produk kecantikan "Shurah" dan "Mustika Ratu" serta menjadi duta ubat batuk "Cap Kelapa Laut Afrika". Beliau yang juga merupakan bekas penyanyi kumpulan "Rogayah n The Agogo Boy's" sejak akhir-akhir ini dikatakan akan kembali mewarnai serta menggegarkan persada seni suara tanahair berikutan kemunculannya sewaktu Pertandingan Nyanyian "Bintang Siswa S2". Pernah menjadi kegilaan para gadis ekoran skandal bersama Jessica Alba sehingga kekasihnya di Malaysia iaitu Maya Karin mengambil keputusan berkahwin dengan jejaka lain. Kecederaan pangkal rahim yang serius beberapa minggu sebelum bermulanya kejohanan ini hampir-hampir menyaksikan beliau bersara terus dari bidang bola sepak. Namun, pujuk rayu dari kekasihnya iaitu Fauziah Ghous yang menghadiahkannya kasut baru berjenama Topper 'Gremio' berharga RM250.00 membolehkan kelibat beliau bakal disaksikan oleh kita semua di gelanggang Hazlan Indoor Soccer nanti.

2. Pierre Andre Bachtiar (Pertahanan tengah / Kiri / Kanan / Semua boleh la)


- Pemain paling senior dalam skuad Kakitangan ini berasal dari Sao Paolo, Brazil dan menjadi tunjang utama di bahagian pertahanan. Sejak azali lagi beliau merupakan kapten pasukan Kakitangan kerana ciri-ciri kekaptenan yang ada pada beliau tidak perlu disanggah lagi. Sir Alex Ferguson pernah menyamakan kelincahan beliau seperti bintang legenda Brazil pada tahun 1970 iaitu Carlos Alberto. Kegemaran beliau ialah suka mengelecek bola walau dalam apa juga keadaan. Kini beliau masih menunggu jawapan untuk menyertai skuad Real Madrid sebaik sahaja berakhirnya kejohanan FUTSAL ini nanti. Selain bermain bola sepak, beliau juga merupakan seorang pelakon yang tidak begitu dikenali di negara ini tetapi sangat popular di Jamaica dan Cuba. Pada tahun 2001, nama beliau turut dikaitkan dengan insiden pengeboman bangunan berkembar di Amerika Syarikat. Namun, beliau menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut disebabkan pada waktu insiden tersebut berlaku, beliau sedang menjalani pengambaran filem "Jangan Tak Pandang" di Kaherah, Mesir. Turut memberi sumbangan besar dalam pembangunan bola sepak dunia dengan menubuhkan beberapa buah akademi bola sepak iaitu "Kulio de Bola Frusteguiyo Wuiyo" di Palmeiras, Brazil serta di Lisbon, Portugal. Cristiano Ronaldo serta Kaka antara pemain terkemuka dunia yang pernah mendapat latihan serta tunjuk ajar daripada beliau.


3. Abdul Hafiz al-Haj (Sweeper / Stopper / Skipper / Skater)


- Pemain serba boleh yang berasal dari Lubnan ini merupakan pemain paling lincah setelah kembali daripada persaraan. Punca beliau bersara dikatakan gara-gara kecewa setelah digugurkan oleh pengurus Argentina menjelang pusingan akhir Piala Dunia 1986 di Mexico. Meskipun baru digugurkan oleh pasukan Melaka, namun rezeki beliau tidak terhenti di situ sahaja apabila pengurus pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson tertarik melihat aksinya dalam perlawanan persahabatan antara Kakitangan menentang Manchester United pada awal tahun ini. Sebaik sahaja tamat Kejohanan FUTSAL ini, beliau akan terus menandatangani kontrak sehingga akhir hayat bersama Manchester United sekaligus menggusarkan Puan Pengurus Kakitangan iaitu Kak Za yang tidak mahu menetap di England. Sukan lain yang pernah melonjakkan nama pemain ini ialah hoki di mana beliau pernah terpilih mewakili Pakistan serta pernah dipinjamkan untuk mewakili Zimbabwe bagi merebut Piala Kemerdekaan Ghana pada tahun 1989.


4. Jorge Awangku Khairil (Tengah / Serangan)


- Buat pertama kali, pemain ini tidak beraksi menggunakan jersi kegemarannya iaitu nombor 8. Tidak dapat beraksi dalam perlawanan peringkat kumpulan kerana sibuk membantu pasukan Barcelona dalam perlawanan Piala Liga Juara-Juara serta Liga Primera 1 Sepanyol. Model minyak rambut Brylcream ini sering terganggu konsentrasi dalam permainan disebabkan rambutnya sering menutup wajahnya yang seakan-akan ahli silap mata bernama CK. Beliau paling diminati oleh rakan sepasukan terutamanya Didi Drogba yang sangat meminati gaya serta skil beliau yang tidak mampu dibuat oleh sebarangan manusia biasa. Aksi akrobatik dengan sepakan gunting melenting cukup memukau sesiapa sahaja yang menyaksikannya. Kebolehan luar biasa beliau ialah mampu menimang (juggling) telur yang belum dimasak tanpa pecah serta menimang bola bowling selama 8 jam tanpa henti. Selain beraksi sebagai pemain bola sepak, beliau juga cukup dikenali dalam sukan renang setelah memenangi 9 pingat emas dalam temasya Sukan Olimpik di Beijing tahun lepas. Untuk makluman, Michael Phelps sebenarnya adalah beliau dan kini digantung daripada menyertai sebarang kejohanan renang ekoran tersalah percaturan hidup. Beliau akan ke Afrika Selatan pada Piala Dunia 2010 untuk membuat liputan selain beraksi bersama pasukan Itali dalam Piala Dunia itu nanti. Baru putus tunang dengan Fauziah Ghous yang berpaling arah menjalinkan hubungan dengan Didi Drogba.


5. Yusri Beckham (Pertahanan kiri)


- Pemain yang paling pemalu ini merupakan bekas model iklan serbuk kari Allagapa's dan kini beraksi bersama pasukan Blackburn Rovers dalam Liga Perdana England. Sikap pemalunya cukup terserlah apabila berada di tengah-tengah padang kerana sangat pendiam dan tidak pernah meminta bola daripada rakan sepasukan. Cukup lincah bila dipuji oleh rakan-rakan sepasukan. Mampu bertindak sebagai penyerang jika beliau mahu. Cukup terkenal kerana keromantikan matanya di tengah-tengah padang serta pergerakan yang mampu menggiurkan pemain lawan serta peminat di tepi padang. Beliau menyifatkan bahawa faktor utama kehebatan skuad Kakitangan ialah kerana adanya beliau. Sering bergelut dengan masalah kecederaan di bahagian kelenjar pituitari yang terkoyak setelah berlaga dengan Anuar Zain sewaktu mandi-manda di Port Dickson.


6. Muhaimin Ferdinand (Penjaga gol / Pertahanan Tengah / Artis)


- Berusia 21 tahun. Tidak banyak maklumat diketahui mengenai pemain ini kerana beliau baru sahaja mendapat kerakyatan Malaysia. Sebelumnya beliau merupakan warganegara Kenya dan setelah puas menjadi pendatang tanpa izin, maka akhirnya beliau diberi kerakyatan Malaysia. Pemain yang digelar Mawi ini turut dikenali sebagai kaki buli dalam skuad Kakitangan ekoran keganasannya di tengah-tengah padang. Naluri asal pemain ini beraksi ialah untuk mengumpul seberapa banyak kad amaran sama ada berwarna kuning atau merah. Jika ada yang berwarna hijau pun pemain ini akan sapu. Semakin berisi terutamanya di bahagian perut sejak mendirikan rumahtangga dengan kekasihnya di Sepanyol. Beliau mahu berhijrah ke Nepal pada penghujung tahun ini untuk menjaga kebajikan anak-anak Nepal.


7. Raizuddin de Castello (Tengah / Serangan / Cashier)


- Pemain ini tidak diketahui asal-usulnya. Beliau ditemui oleh Muhaimin sewaktu sedang menyepak tin-tin kosong di kaki lima sewaktu perang saudara di Thailand penghujung tahun lalu. Ada sumber menyatakan pemain ini berasal daripada Kepulauan Fiji berdasarkan tanda lahir di ketiak kanan yang hampir sama dengan tanda lahir milik Perdana Menteri Fiji. Namun demikian menurut Didi Drogba yang sangat menyayangi pemain ini, Raizuddin berasal dari Papua New Guinea berdasarkan fakta pemain ini pernah mewakili negara itu dalam Pertandingan Ratu Cantik Dunia pada tahun 1999. Apapun, beliau kini bangga menyarung jersi Kakitangan dan mahu melakukan yang terbaik sebagai membalas jasa Didi Drogba menyelamatkannya daripada dibelasah oleh seorang penggusti wanita bernama Hasniza pada tahun lepas.

posted by mr. ck @ 3:49 PTG   0 comments
Selamat Datang ke Blog Bahagian Hal Ehwal Pelajar - Kolej Teknologi Alpha
Menerusi blog ini segala maklumat mengenai aktiviti pelajar serta program yang dijalankan sama ada oleh Kolej Teknologi Alpha mahupun oleh pihak luar yang membabitkan para pelajar serta kakitangan Kolej Teknologi Alpha boleh anda ikuti...

Anda juga digalakkan untuk mengirimkan sebarang artikel bagi menjadikan blog ini semakin rencam dan terisi dengan pelbagai paparan...

Selamat melayari http://www.bayangemas.blogspot.com dan beroleh pelbagai maklumat !

Mr. CK
posted by mr. ck @ 9:27 PG   0 comments
Perkelahan pelajar IUCTT
Khamis, Februari 26, 2009

Pada 21 Februari 2009, seramai 17 orang pelajar daripada International University College of Technology Twintech (IUCTT) telah berjaya mengelolakan suatu program berbentuk riadah di Hutan Simpan Ulu Bendul, Kuala Pilah.

Turut mengiringi ialah Encik Awangku Khairil berserta Encik Mohamad Idzhar yang sangat gembira sepanjang program tersebut berlangsung. Antara aktiviti yang telah diadakan di sana ialah seperti sessi pertapaan melawan arus air terjun serta ilmu makan sambil m
enyelam. Di sana juga para pelajar IUCTT telah memperlihatkan bakat mereka kepada segala makhluk di dalam hutan dengan nyanyian pelbagai versi dengan diiringi muzik Edy yang sekaligus menyebabkan masa berjalan pantas tidak terasa...

"Aku rasa seperti seorang remaja belasan tahun pada hari ini (21 Februari). Tak sangka setelah bertahun-tahun tidak melakukan terjun tiruk, aku berjaya melakukannya dengan cemerlang hari ini" demikian komen Mohamad Idzhar apabila ditanya oleh wartawan kami.

Berikut merupakan komen daripada beberapa orang pelajar IUCTT yang menyertai program ini :
"Saya sangat terkejut apabila mendapati berat badan saya telah turun sebanyak 10 kilogram setelah menyertai XPDC ke Ulu Bendul ini. Kawan-kawan saya sangat cemburu melihat perubahan susuk tubuh saya sekarang sehingga mereka mahu pergi lagi ke Ulu Bendul. Apabila saya balik ke rumah untuk bercuti baru-baru ini, adik beradik serta jiran tetangga saya hampir tidak mengenali saya... Mereka ingat Fasha Sandha telah datang ke kampung mereka, tetapi rupa-rupanya saya...," ulas Noor Hasniza sambil menunjukkan potongan badannya yang jauh berbeza dari dahulu.

"Sesekali saya menyanyi, rasanya seluruh alam menjadi se
nyap-sunyi, kenapa iya ?" kata Ahmad Ghazalie sambil membetulkan pitching ketika menyanyikan lagu 'Chan Mali Chan'.

"Mereka semua kejam dan tidak berhati perut. Adakah jejaka kacak seperti saya dihumban secara beramai-ramai ke dalam air. Sungguh tidak patut !" kata Faudzain Syafiq yang menangis teresak-esak sambil membetulkan rambutnya. Beliau terpaksa ditenangkan oleh Khairuddin yang kemudiannya turut sama meratapi kesedihan Syafiq.

Yea yeah... Beginilah rupanya Bandi dari Kumpulan Amuk tatkala topengnya dibuka...

Kuat lagi ! Lagi dan lagi !!! Mr.CK sedang menurunkan ilmu menghancurkan batu menggunakan gigi kepada Syafiq... Usaha selama 3 jam dari Syafiq ini telah membuahkan hasil sehingga air terjun semakin melimpah ruah dengan derasnya...

Bayi terlebih bulan dijumpai hanyut... Para peserta perkelahan gempar seketika apabila seorang bayi dijumpai terapung-apung dalam keadaan lengkap berbaju serta berseluar Hawaii... Kehilangan bayi ini pernah disiarkan di dalam siaran Berita TV serta terpampang di dada-dada akhbar tanahair. Allah lebih menyayangi usia bayi yang difahamkan hanyut dari Kalimantan Barat, Indonesia ini

Bayi terlebih umur rupa-rupanya adik Ramli Sarip... Bayi yang terdampar dalam gambar di atas memang ajaib kerana sebaik sahaja di bawa ke permukaan darat, dengan sendirinya rambut tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Lebat dengan tiba-tiba... Kelihatan tidak melepaskan peluang bergambar bersama bayi ini ialah ratu cantik dari Macao iaitu Heng Li Da...


Lagi-lagi gambar bayi terlebih umur... Sama ada disedari oleh Sorena (bekas ratu kebaya daerah Surabaya Selatan) atau tidak, tanpa diduga tiba-tiba bayi tadi muncul lagi dalam gambar ini... Kali ini perhatikan betul-betul raut wajahnya bagaikan sudah lama kehausan susu... Memang ajaib bayi ini... Bukan setakat dia seperti terapung di permukaan air, tetapi kelibatnya langsung tidak disedari oleh Sorena merupakan suatu perkara mistik yang perlu dikaji oleh pengkaji paranormal selepas ini...
posted by mr. ck @ 10:38 PTG   0 comments
FUTSAL Terbuka Piala Dr. Hamzaid Yahya 2009

Persaingan Bermula !

Sebanyak 8 buah pasukan lelaki serta 3 pasukan wanita telah mendaftar untuk menyertai edisi sulung Kejohanan FUTSAL Terbuka "Piala Dr. Hamzaid Yahya" yang dianjurkan oleh Jabatan Aktiviti Pelajar.

Dalam kategori lelaki, sebanyak 4 buah pasukan adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej Negeri manakala 3 pasukan pelajar daripada Kolej Teknologi Alpha.

Sebuah lagi pasukan ialah gabungan Kakitangan dengan beberapa orang pelajar yang dikenali sebagai "Biduk Berlalu Kiambang Bertaut United" (BBKB United). Pasukan ini baru sahaja pulang daripada menjalani latihan maut di Segitiga Bermuda serta sempat menewaskan pasukan kebangsaan Hawaii dalam satu perlawanan persahabatan di sana.

Menurut pengurus BBKB United yang mahu dikenali sebagai Kak Za, pasukan ini pada awalnya tidak mahu beraksi dalam kejohanan yang tidak setaraf dengan kehebatan mereka ini. Namun disebabkan untuk menggenapkan pasukan, maka akhirnya dengan rasa serba salah pasukan ini akhirnya bersetuju untuk turut serta.

"Akak sebenarnya tidak bersetuju langsung dengan penyertaan mereka dalam kejohanan ini. Kalau kalah akak juga yang malu. Namun, saya percaya anak-anak buah akak tidak akan menunjukkan mutu permainan sebenar kerana pasukan-pasukan lain adalah terdiri daripada budak-budak lagi. Jadi akak menasihatkan semua pemain akak supaya kalau menang sekalipun, jangan berlagak's. Menang sikit-sikit dah le. Sebagai motivasi kepada team ini, akak berjanji akan membawa skuad ini untuk bercuti selama sebulan di Eropah serta pakej menunaikan umrah sekiranya skuad ini muncul juara nanti. Malah gaji pada bulan Mac akan akak siapkan awal sebagai bekalan untuk percutian ke Eropah itu nanti. Percayalah," kata Kak Za sambil menyanyikan lagu 'Percayalah' dalam versi ghazal.

Pasukan yang mendapat tajaan sepenuhnya daripada syarikat pengeluar bateri kereta terkemuka iaitu Yokohama ini akan bermain sambil berseronok dalam kejohanan ini nanti. Jersi mereka yang seakan-akan mirip jersi AS Roma baru sahaja siap ditempah daripada London. Apa yang pasti skuad ini serba pincang dengan kecederaan dua tonggak utamanya iaitu Jorge Awangku Khairil serta Didi Drogba. Namun segala-galanya hanya bakal terjawab pada 28 Mac ini nanti.

posted by mr. ck @ 9:55 PTG   0 comments
Bintang Siswa Seremban 2 Meriah !
Bertempat di Dewan Serbaguna Kolej Teknologi Alpha (KTA), apa yang mampu diperkatakan ialah kemeriahan serta kegembiraan di raut wajah kesemua peserta serta para penonton yang hadir... Apa yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah dengan terlaksananya suatu program pertandingan berbentuk nyanyian yang dikenali sebagai "Bintang Siswa S2" serta "Juara Unplugged Band S2"...

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Aktiviti Pelajar ini bukan sahaja disertai oleh para pelajar KTA tetapi ianya turut dimeriahkan lagi oleh lebih daripada 20 pelajar Kolej Negeri serta KN Educations. Sebanyak 3 kategori telah dipertandingkan iaitu nyanyian secara solo, nyanyian duet serta unplugged band.

Keputusan bagi setiap kategori adalah seperti berikut :

Kategori nyanyian solo

Johan - Azhari Effandi bin Abd. Aziz (KTA)
Naib Johan - Wan Nurul Nadia binti Wan Mansor (KTA)
Ketiga - Nurazreen Sazzalina binti Abd Sani (KTA)

Kategori nyanyian duet

Johan - Azhari Effandi & Mohd Firdaus (KTA)
Naib Johan - Mohd Nazirul Faizzuwan & Shahera Arfah (KN)
Ketiga - AK Jamaluddin & Tony Hasan (KN)

Kategori unplugged band

Johan - Kumpulan Aramaiti (KN)
Naib Johan - Kumpulan Awan Is Cloud (KN)
Ketiga - Kumpulan Skollipop (KN)

Menurut Encik Awangku Khairil bin Awangku Shamsuddin selaku penasihat projek ini beranggapan bahawa ini adalah suatu percubaan untuk melihat adakah bidang kesenian seumpama ini mendapat sambutan atau tidak daripada para mahasiswa. Selain mencungkil bakat para pelajar dalam bidang seni suara, melalui program seumpama ini juga mampu mengeratkan silaturrahim di kalangan para pelajar yang bernaung di bawah Kampus Seremban 2.

"Pada peringkat awal, saya menjangkakan sambutan mungkin tidak menggalakkan. Ini kerana pertandingan yang saya ilhamkan ini sepatutnya berlangsung pada bulan Ogos 2008 lagi. Namun, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa membuat pindaan tarikh sehinggalah akhirnya terlaksana juga pada malam 4 Februari 2009.

Apa yang mengejutkan saya ialah penyertaan sangat luar biasa ketika tarikh tutup pertandingan telah diumumkan masih ada peserta yang ingin mendaftar. Ini merupakan suatu fenomena menarik yang sekaligus membuktikan bahawa pelajar di Kampus Seremban 2 kini bukan sahaja datang untuk belajar, malah mereka telah cuba menunjukkan bakat dalam bidang seni suara khususnya.

Secara peribadi, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini khususnya Ketua Eksekutif KTA, Dr. Hamzaid Yahya, rakan-rakan kakitangan serta pensyarah, para juri, para urusetia serta para peserta yang telah menyertai program ini. Insya Allah, segala kelemahan serta kekurangan akan diperbaiki lagi bagi edisi akan datang," ujar Encik Awangku Khairil atau lebih dikenali sebagai Encik CK.

Para juri yang mengadili pertandingan pada malam itu terdiri daripada Encik Najib, Encik Muzamil serta Encik Rosli yang memang tidak perlu dipertikaikan kebolehan dalam bidang seni muzik dan seni suara... Turut hadir ialah Pendaftar Kolej Negeri serta beberapa orang pensyarah daripada Kolej Teknologi Alpha serta Kolej Negeri... Sebelum majlis penyampaian hadiah dilakukan, dewan sekali lagi gamat seketika apabila dua orang '
superstar legenda' tiba-tiba muncul dengan lagu 'Lagu Jiwa Lagu Rindu" menerusi Mr. CK dan Mr. DD... Akan datang mereka akan muncul dengan album ke-55 dan bakal bergandingan dengan Triple-H dalam "Wrestlemania 25" pada 4 April 2009...
posted by mr. ck @ 9:37 PTG   0 comments
Aktiviti Akan Datang

Warna-Warni Aidilfitri

 
Tahukah Anda ?
Arkib
Links
Hubungi Kami