Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Sukan dan Rekreasi
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Seni Budaya
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Lain - Lain Aktiviti
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Menjelang FUTSAL Terbuka "Piala Dr. Hamzaid Yahya"
Jumaat, Februari 27, 2009
Awasi pemain ini... Didi sewaktu beraksi bersama Chelsea musim lalu...
PREVIEW SKUAD KAKITANGAN 2009
Nama Manja Pasukan : Biduk Berlalu Kiambang Bertaut United (BBKB United)
Pengurus : Yang Mulia Puan Hajjah Masliza @ Kak Za
- Berusia 27 tahun. Entah macam mana bekas penggusti ganas di WWE ini boleh menceburkan diri dalam sukan bola sepak tidak siapa pun yang tahu. Berbakat luar biasa... Daripada kerja memasak sehingga ke gelanggang sukan, semua boleh dilakukan oleh beliau. Masih setia dengan kelabnya Glasgow Celtic dalam Liga Perdana Scotland. Satu ketika dahulu pernah menggemparkan tanahair berikutan ancaman beliau untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan 56 tingkat ekoran tidak sebulu dengan jurulatih. Kini beliau menumpukan sepenuh perhatian sebagai bintang filem Hindustan setelah gagal dalam bidang perniagaan Kicap Cap Kipas. Memiliki kemahiran meniup bola dengan kemas ketika keadaan emergency di hadapan gawang gol. Bekas anak murid mendiang R. Arumugam ini turut menjadi model bagi produk kecantikan "Shurah" dan "Mustika Ratu" serta menjadi duta ubat batuk "Cap Kelapa Laut Afrika". Beliau yang juga merupakan bekas penyanyi kumpulan "Rogayah n The Agogo Boy's" sejak akhir-akhir ini dikatakan akan kembali mewarnai serta menggegarkan persada seni suara tanahair berikutan kemunculannya sewaktu Pertandingan Nyanyian "Bintang Siswa S2". Pernah menjadi kegilaan para gadis ekoran skandal bersama Jessica Alba sehingga kekasihnya di Malaysia iaitu Maya Karin mengambil keputusan berkahwin dengan jejaka lain. Kecederaan pangkal rahim yang serius beberapa minggu sebelum bermulanya kejohanan ini hampir-hampir menyaksikan beliau bersara terus dari bidang bola sepak. Namun, pujuk rayu dari kekasihnya iaitu Fauziah Ghous yang menghadiahkannya kasut baru berjenama Topper 'Gremio' berharga RM250.00 membolehkan kelibat beliau bakal disaksikan oleh kita semua di gelanggang Hazlan Indoor Soccer nanti.
2. Pierre Andre Bachtiar (Pertahanan tengah / Kiri / Kanan / Semua boleh la)
- Pemain paling senior dalam skuad Kakitangan ini berasal dari Sao Paolo, Brazil dan menjadi tunjang utama di bahagian pertahanan. Sejak azali lagi beliau merupakan kapten pasukan Kakitangan kerana ciri-ciri kekaptenan yang ada pada beliau tidak perlu disanggah lagi. Sir Alex Ferguson pernah menyamakan kelincahan beliau seperti bintang legenda Brazil pada tahun 1970 iaitu Carlos Alberto. Kegemaran beliau ialah suka mengelecek bola walau dalam apa juga keadaan. Kini beliau masih menunggu jawapan untuk menyertai skuad Real Madrid sebaik sahaja berakhirnya kejohanan FUTSAL ini nanti. Selain bermain bola sepak, beliau juga merupakan seorang pelakon yang tidak begitu dikenali di negara ini tetapi sangat popular di Jamaica dan Cuba. Pada tahun 2001, nama beliau turut dikaitkan dengan insiden pengeboman bangunan berkembar di Amerika Syarikat. Namun, beliau menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut disebabkan pada waktu insiden tersebut berlaku, beliau sedang menjalani pengambaran filem "Jangan Tak Pandang" di Kaherah, Mesir. Turut memberi sumbangan besar dalam pembangunan bola sepak dunia dengan menubuhkan beberapa buah akademi bola sepak iaitu "Kulio de Bola Frusteguiyo Wuiyo" di Palmeiras, Brazil serta di Lisbon, Portugal. Cristiano Ronaldo serta Kaka antara pemain terkemuka dunia yang pernah mendapat latihan serta tunjuk ajar daripada beliau.
3. Abdul Hafiz al-Haj(Sweeper / Stopper / Skipper / Skater)
- Pemain serba boleh yang berasal dari Lubnan ini merupakan pemain paling lincah setelah kembali daripada persaraan. Punca beliau bersara dikatakan gara-gara kecewa setelah digugurkan oleh pengurus Argentina menjelang pusingan akhir Piala Dunia 1986 di Mexico. Meskipun baru digugurkan oleh pasukan Melaka, namun rezeki beliau tidak terhenti di situ sahaja apabila pengurus pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson tertarik melihat aksinya dalam perlawanan persahabatan antara Kakitangan menentang Manchester United pada awal tahun ini. Sebaik sahaja tamat Kejohanan FUTSAL ini, beliau akan terus menandatangani kontrak sehingga akhir hayat bersama Manchester United sekaligus menggusarkan Puan Pengurus Kakitangan iaitu Kak Za yang tidak mahu menetap di England. Sukan lain yang pernah melonjakkan nama pemain ini ialah hoki di mana beliau pernah terpilih mewakili Pakistan serta pernah dipinjamkan untuk mewakili Zimbabwe bagi merebut Piala Kemerdekaan Ghana pada tahun 1989.
4. Jorge Awangku Khairil (Tengah / Serangan)
- Buat pertama kali, pemain ini tidak beraksi menggunakan jersi kegemarannya iaitu nombor 8. Tidak dapat beraksi dalam perlawanan peringkat kumpulan kerana sibuk membantu pasukan Barcelona dalam perlawanan Piala Liga Juara-Juara serta Liga Primera 1 Sepanyol. Model minyak rambut Brylcream ini sering terganggu konsentrasi dalam permainan disebabkan rambutnya sering menutup wajahnya yang seakan-akan ahli silap mata bernama CK. Beliau paling diminati oleh rakan sepasukan terutamanya Didi Drogba yang sangat meminati gaya serta skil beliau yang tidak mampu dibuat oleh sebarangan manusia biasa. Aksi akrobatik dengan sepakan gunting melenting cukup memukau sesiapa sahaja yang menyaksikannya. Kebolehan luar biasa beliau ialah mampu menimang (juggling) telur yang belum dimasak tanpa pecah serta menimang bola bowling selama 8 jam tanpa henti. Selain beraksi sebagai pemain bola sepak, beliau juga cukup dikenali dalam sukan renang setelah memenangi 9 pingat emas dalam temasya Sukan Olimpik di Beijing tahun lepas. Untuk makluman, Michael Phelps sebenarnya adalah beliau dan kini digantung daripada menyertai sebarang kejohanan renang ekoran tersalah percaturan hidup. Beliau akan ke Afrika Selatan pada Piala Dunia 2010 untuk membuat liputan selain beraksi bersama pasukan Itali dalam Piala Dunia itu nanti. Baru putus tunang dengan Fauziah Ghous yang berpaling arah menjalinkan hubungan dengan Didi Drogba.
5. Yusri Beckham(Pertahanan kiri)
- Pemain yang paling pemalu ini merupakan bekas model iklan serbuk kari Allagapa's dan kini beraksi bersama pasukan Blackburn Rovers dalam Liga Perdana England. Sikap pemalunya cukup terserlah apabila berada di tengah-tengah padang kerana sangat pendiam dan tidak pernah meminta bola daripada rakan sepasukan. Cukup lincah bila dipuji oleh rakan-rakan sepasukan. Mampu bertindak sebagai penyerang jika beliau mahu. Cukup terkenal kerana keromantikan matanya di tengah-tengah padang serta pergerakan yang mampu menggiurkan pemain lawan serta peminat di tepi padang. Beliau menyifatkan bahawa faktor utama kehebatan skuad Kakitangan ialah kerana adanya beliau. Sering bergelut dengan masalah kecederaan di bahagian kelenjar pituitari yang terkoyak setelah berlaga dengan Anuar Zain sewaktu mandi-manda di Port Dickson.
6. Muhaimin Ferdinand(Penjaga gol / Pertahanan Tengah / Artis)
- Berusia 21 tahun. Tidak banyak maklumat diketahui mengenai pemain ini kerana beliau baru sahaja mendapat kerakyatan Malaysia. Sebelumnya beliau merupakan warganegara Kenya dan setelah puas menjadi pendatang tanpa izin, maka akhirnya beliau diberi kerakyatan Malaysia. Pemain yang digelar Mawi ini turut dikenali sebagai kaki buli dalam skuad Kakitangan ekoran keganasannya di tengah-tengah padang. Naluri asal pemain ini beraksi ialah untuk mengumpul seberapa banyak kad amaran sama ada berwarna kuning atau merah. Jika ada yang berwarna hijau pun pemain ini akan sapu. Semakin berisi terutamanya di bahagian perut sejak mendirikan rumahtangga dengan kekasihnya di Sepanyol. Beliau mahu berhijrah ke Nepal pada penghujung tahun ini untuk menjaga kebajikan anak-anak Nepal.
7. Raizuddin de Castello(Tengah / Serangan / Cashier)
- Pemain ini tidak diketahui asal-usulnya. Beliau ditemui oleh Muhaimin sewaktu sedang menyepak tin-tin kosong di kaki lima sewaktu perang saudara di Thailand penghujung tahun lalu. Ada sumber menyatakan pemain ini berasal daripada Kepulauan Fiji berdasarkan tanda lahir di ketiak kanan yang hampir sama dengan tanda lahir milik Perdana Menteri Fiji. Namun demikian menurut Didi Drogba yang sangat menyayangi pemain ini, Raizuddin berasal dari Papua New Guinea berdasarkan fakta pemain ini pernah mewakili negara itu dalam Pertandingan Ratu Cantik Dunia pada tahun 1999. Apapun, beliau kini bangga menyarung jersi Kakitangan dan mahu melakukan yang terbaik sebagai membalas jasa Didi Drogba menyelamatkannya daripada dibelasah oleh seorang penggusti wanita bernama Hasniza pada tahun lepas.
Catat Ulasan